Wn/ms/Peningkatan kes Covid di Panama menyebabkan hospital hampir lumpuh

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Peningkatan kes Covid di Panama menyebabkan hospital hampir lumpuh

11 Julai 2020 (Sabtu)

Bendera Panama
Bendera Panama
Berita lain dari Panama
Lokasi Panama
Lokasi Panama
Lokasi Panama


Bandar Panama - Peningkatan kes Covid-19 di Panama menyebabkan hospital di negara tersebut hampir lumpuh sehingga doktor-doktor kepenatan. Negara yang mempunyai hampir 4 juta populasi menerima lebih 1.1 ribu kes baharu minggu lalu.

Pihak berkuasa terpaksa mencari kawasan lain selain hospital untuk dijadikan pusat rawatan Covid. Penyelaras Gabungan Kesatuan Pekerja Kesihatan, Domingo Moreno, berkata mereka sudah tidak tahu di mana hendak letak katil-katil ini.

Sehingga kini, lebih 42,000 kes Covid-19 dan 839 kes kematian dicatatkan di Panama serta 159 kes berada di unit rawatan rapi (ICU).

Sumber[edit | edit source]