Jump to content

Wn/ms/Penduduk diminta berwaspada susulan ramalan cuaca buruk, hujan lebat di seluruh negara

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Penduduk diminta berwaspada susulan ramalan cuaca buruk, hujan lebat di seluruh negara

14 Julai 2024 (Ahad)

HANOI - Kementerian Agrikultur dan Pembangunan Luar Bandar (MARD) meminta pihak berkuasa tempatan untuk melakukan pemantauan secara aktif dan berterusan terhadap cuaca buruk, bagi memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap situasi kecemasan.

Ini berikutan laporan cuaca yang dikeluarkan Pusat Nasional untuk Ramalan Hidrometrologi menunjukkan hujat lebat di antara 100-200 milimeter dijangka akan berlaku di bahagian utara dan tengah, dengan beberapa tempat diramal mengalami hujan lebat sehingga lebih dari 250 milimeter. Di kawasan pantai pula, hujan lebat di antara 60-120 milimeter dijangka akan turun.

Cuaca buruk itu diramal akan berterusan pada lewat 13 Julai sehingga 17 Julai.

Menteri berkaitan, Le Minh Hoan meminta pihak berkuasa untuk memantau kegiatan di sana, dengan mengehadkan aktiviti laut dan mengurangkan bilangan kapal dan bot yang berlayar. Selain itu, beliau juga meminta pemilik bot dan kapten kapal untuk sentiasa mengemaskini mengenai lokasi dan pergerakan mereka serta melaporkan sebarang kemungkinan cuaca buruk sebagai langkah proaktif untuk perihal keselamatan.

Penduduk juga diminta untuk sentiasa melihat perkembangan terkini mengenai ramalan cuaca dan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa serta kerap memaklumkan komuniti setempat.

Pada awal pagi Sabtu, insiden tanah runtuh berlaku di Lebuhraya Kebangsaan 34 dekat perkampungan Ta Mo akibat hujan lebat. Seramai 11 mangsa terkorban manakala empat lagi cedera.


Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog