Wn/ms/Pembentangan usul tergempar mengecam serangan Israel

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pembentangan usul tergempar mengecam serangan Israel

20 November 2012 (Selasa)

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Dewan Rakyat pada hari ini membentangkan suatu usul tergempar bagi mengutuk serangan terbaru Israel terhadap Palestin yang telah berlarutan sejak enam hari lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membentangkan usul tersebut bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di Kemboja bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21.

Ketika pembentangan itu, Dewan Rakyat akan mengambil 10 ketetapan, termasuklah menyampaikan resolusi itu kepada badan perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya kepada Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Presiden Majlis Keselamatan PBB.

Penggulungan usul tersebut dibuat pada jam 2.30 petang selepas seramai 12 ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas membahaskan usul itu dalam masa 70 minit.

Sumber[edit | edit source]