Wn/ms/Pemakaian pelitup muka adalah mandatori mulai 1 Ogos

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pemakaian pelitup muka adalah mandatori mulai 1 Ogos

23 Julai 2020 (Khamis)


Putrajaya - Mulai 1 Ogos, kerajaan mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka adalah wajib dalam pengangkutan awam dan di tempat-tempat awam yang sesak.

Menurut Menteri Kanan (Bahagian Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan itu dibuat ekoran kewujudan kluster-kluster baharu yang dikenal pasti serta atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Orang ramai juga boleh menggunakan pelitup muka dijahit sendiri mengikut spesifikasi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya lagi, sesiapa yang didapati tidak mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM 1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Sumber[edit | edit source]