Wn/ms/Pemain kebangsaan Maghribi, Amir Richardson sertai kelab ACF Fiorentina dari Reims
13 Ogos 2024 (Selasa)
FLORENCE - Pemain tengah Maghribi, Amir Richardson secara rasmi diumumkan sebagai muka baharu oleh kelab Serie A, ACF Fiorentina. Dia yang berusia 22 tahun itu sebelum ini bermain bersama kelab Stade de Reims yang berpangkalan di Perancis.
"ACF Fiorentina boleh mengesahkan perpindahan Amir Richardson dari Stade de Reims," menurut kenyataan yang dikeluarkan kelab. Menerusi laman sosial Instagram pasukan itu, Amir mengenakan jersi Fiorentina berwarna ungu dengan kapsyen "Amir ialah Viola".
Laporan media memetik, Fiorentina bersetuju untuk membayar yuran perpindahan sekitar €9 juta dengan klausa jualan sebanyak 10%. Dia merupakan antara prospek muda yang menarik perhatian banyak kelab bola sepak terkemuka Eropah termasuklah Ajax dan Tottenham.
Musim lepas, Richardson membuat penampilan sebanyak 28 kali bersama Reims dan menjaringkan tiga gol. Di peringkat antarabangsa, dia baru sahaja memenangi pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2024 Paris menerusi acara bola sepak setelah membantu pasukan Maghribi menewaskan Mesir dengan jaringan 6-0. Setakat ini, dia memiliki tujuh kaps bersama pasukan kebangsaan.
Richardson menjadi pemain keenam yang menyertai Fiorentina di bawah ketua jurulatih baharu mereka, Raffaele Palladino. Sebelum ini, Fiorentina mengumumkan ketibaan bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea melalui perpindahan percuma susulan penamatan kontraknya bersama kelab di England itu tahun lalu.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) " Fiorentina sign Morocco international Richardson from Reims " — Stadium Astro, 13 Ogos 2024
- (Inggeris) " Richardson is a Viola " — ACF Fiorentina, 12 Ogos 2024
- (Inggeris) Peter Young. " Official: Fiorentina sign Morocco international Richardson from Reims " — Football Italia, 12 Ogos 2024
- (Inggeris) Safaa Kasraoui. " Amir Richardson Signs with Fiorentina " — Morocco World News, 12 Ogos 2024