Jump to content

Wn/ms/Pelakon popular Hong Kong 90-an, Johnny Ngan Kwok Leung meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Pelakon popular Hong Kong 90-an, Johnny Ngan Kwok Leung meninggal dunia

27 Mei 2024 (Isnin)

Pelakon popular Hong Kong era 80-an dan 90-an, Johnny Ngan Kwok Leung meninggal dunia pada Sabtu di hospital sekitar pukul 11 malam waktu tempatan. Dia berumur 71 tahun. Berita itu disahkan oleh rakannya yang juga seorang artis, English Tang pada keesokkan harinya

Menurut laporan media Hong Kong, Ngan mendedahkan semasa wawancaranya pada tahun 2022 bahawa dia telah didiagnosis dengan kanser kulit pada tahap 3, dan ditahan di hospital selama setengah bulan akibat keadaannya yang menjadi lebih teruk. Selain itu, dia juga berhasrat untuk mendermakan jasadnya untuk kajian sains perubatan jika dia meninggal dunia setelah mendapat tahu tentang kanser yang dialaminya.

Ngan mula menceburi bidang hiburan pada tahun 1968 selepas menyertai kelas lakonan Studio Shaw Brothers. Pada tahun 1981 dia menyertai TVB, di mana dia menjadi pelakon utama beberapa filem seperti Hong Kong 81, The Seasons dan The Kindred Spirit. Dia kemudian berpindah ke China pada tahun 2008 untuk menjadi seorang guru tai chi.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog