Jump to content

Wn/ms/Paul Pogba rasmi milik AS Monaco, hidupkan kembali karier selepas penggantungan doping

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Paul Pogba rasmi milik AS Monaco, hidupkan kembali karier selepas penggantungan doping

30 Jun 2025 (Isnin)

Bekas pemain tengah Manchester United dan Juventus, Paul Pogba kini sah menyertai kelab Ligue 1, AS Monaco. Beliau menandatangani kontrak selama 2 tahun sehingga Jun 2027, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman rasmi kelab.

Pogba ketika menghadiri Festival Filem Cannes 2025.
Imej: Gabriel Hutchinson Photography.

Pemain yang berusia 32 tahun itu tidak bermain bola sepak di peringkat tertinggi sejak September 2023 ekoran dikenakan penggantungan selama 18 bulan akibat gagal dalam ujian doping ketika bersama Juventus. Di awalnya, beliau dikenakan penggantungan selama 4 tahun, namun berjaya di peringkat rayuan di mana tempoh penggantungan itu dikurangkan.

Pada November lepas, beliau berstatus ejen bebas selepas bersetuju untuk menamatkan kontraknya bersama Juventus. Tempoh penggantungan itu pula berakhir Mac lalu, sekaligus dikaitkan dengan beberapa kelab, termasuklah kemungkinan kembali ke Manchester United buat kali ketiga.

Ketika menandatangani kontrak, Pogba dilihat tidak mampu menyembunyikan emosinya apabila beliau menangis tatkala cuba ditenangkan salah seorang wakilnya dan Pengarah Sukan AS Monaco, Thiago Scuro menerusi video yang dimuat naik AS Monaco di laman X.

"Selepas Le Havre, Manchester United dan Juventus, Paul Pogba kini akan bermain bersama AS Monaco dan merasai pengalaman di peringkat tertinggi liga Perancis," menurut kenyataan itu lagi.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog