Wn/ms/Pahang cipta MBOR tanam spesies paya gambut
20 September 2025 (Sabtu)

PEKAN - Pada 20 September 2025 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mencipta rekod terbaharu iaitu penanaman pokok spesies paya gambut terbesar di Malaysia malahan mencipta rekod terbaharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Penanaman pokok spesies paya gambut terbesar di Malaysia itu dijalankan di Kompartmen 156, Hutan Simpan Pekan yang sebelum ini musnah terbakar pada Mac tahun ini dan bersempena juga Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang 2025.
Sebanyak 20,025 pokok ditanam dan spesies paya gambut yang ditanam di kawasan hutan simpan itu ialah kelat paya, meranti paya, kelat jambu laut, merbau, kempas, bintangor laut dan kandis.
Hadir juga dalam program tersebut Ahli Parlimen Pekan YH Dato' Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Tuan Zainuddin Jamaluddin serta pelakon Wan Hanafi Su.
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) "Tanam 20,025 pokok serentak cipta rekod MBOR" — Harian Metro, 20 September 2025

