Jump to content

Wn/ms/PM Nepal hilang sokongan majoriti, kerajaan campuran baharu bakal terbentuk

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > PM Nepal hilang sokongan majoriti, kerajaan campuran baharu bakal terbentuk

13 Julai 2024 (Sabtu)

KATHMANDU - Kerajaan campuran baharu bakal terbentuk di Nepal setelah Perdana Menteri Pushpa Kamal Dahal gagal mendapatkan sokongan majoriti menerusi undi percaya di Parlimen pada Jumaat. Ia selepas Parti Komunis Nepal (Unified Marxist-Leninist) (CPN-UML) menarik balik sokongan terhadapnya.

Pushpa Kamal Dahal (2023)
Imej: Kementerian Luar India.

Dalam undi percaya itu, Dahal hanya memperoleh 63 daripada undi Ahli Parlimen yang menyokong pentadbirannya, manakala 194 lagi menolak. Sekurang-kurangnya 138 undi dari 275 Ahli Parlimen diperlukan bagi memenangi undian berkenaan.

Dahal mula memegang jawatan utama itu pada Disember 2022. Beliau telah mengadakan undi percaya sebanyak lima kali, termasuklah baru-baru ini. Beliau juga kerap menukar rakan gabungan politik dalam kerajaan campurannya.

K.P. Sharma Oli yang mengetuai CPN-UML bakal menerajui kerajaan campuran baharu selepas beliau berjaya mendapatkan sokongan dari Parti Kongres Nepal (NC) akhir Jun dan mendapatkan bilangan kerusi yang mencukupi di Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Menerusi pertemuan di antara Oli dan Presiden Nepal, Ram Chandra Poudel, beliau mendakwa berjaya mendapatkan sokongan dari 165 Ahli Parlimen, 77 dari partinya dan 88 lagi dari NC. Ia selepas Pejabat Presiden meminta semua Ahli Parlimen membuktikan mereka mendapat sokongan dua pertiga sebelum dipilih sebagai Perdana Menteri yang baharu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog