Jump to content

Wn/ms/PM Bangladesh, Sheikh Hasina letak jawatan susulan protes pelajar yang bertukar ganas

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > PM Bangladesh, Sheikh Hasina letak jawatan susulan protes pelajar yang bertukar ganas

6 Ogos 2024 (Selasa)

DHAKA - Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meletak jawatan hari ini susulan protes dimulakan sekumpulan pelajar pada Julai yang menentang syarat baharu berkaitan kuota pengambilan pekerja perkhidmatan awam bertukar menjadi ganas dan menyebabkan ratusan orang maut.

Sheikh Hasina (2023)
Imej: Pejabat Perdana Menteri India.

Laporan media tempatan memetik Hasina bersama kakaknya telah melarikan diri dari Bangladesh dengan menaiki helikopter menuju ke sempadan India. Tentera dilaporkan hanya memberi masa 45 minit kepada beliau meninggalkan negara itu, sambil menghalangnya daripada menyiarkan ucapan kepada rakyat atas sebab keselamatan.

Menerusi mesej yang disiarkan di televisyen tempatan, panglima tentera Jeneral Waker-Uz-Zaman mengumumkan pembentukan kerajaan interim selepas perbincangan dibuat oleh beberapa parti politik.

Pengumuman peletakkan jawatan itu disambut meriah di seluruh negara apabila ribuan rakyat turun ke jalanan sambil bersorak, menari dan mengibarkan bendera. Beberapa gambar dan mural yang memaparkan imej Hasina dipercayai dirosakkan oleh beberapa penunjuk perasaan.

Kumpulan penunjuk perasaan juga bertindak menyerbu kediaman bekas Perdana Menteri di Dhaka selepas pengumuman itu walaupun tentera telah mengeluarkan perintah berkurung di seluruh negara pada Isnin. Mereka memasuki kediaman itu sebelum perabot-perabot dirosakkan, tingkap dipecahkan dan ada juga barang-barang yang dicuri.

Sheikh Hasina, 76 tahun, memerintah Bangladesh selama 15 tahun selepas beliau mengambil alih pentadbiran kerajaan dari tentera. Beliau dijangka memohon suaka politik dari Britain, lapor dari media India.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog