Jump to content

Wn/ms/PKP di Kelantan dan Sibu mulai esok

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > PKP di Kelantan dan Sibu mulai esok

15 Januari 2021 (Jumaat)


Kuala Lumpur — Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Kelantan dan Sibu, Sarawak, mulai 16 Januari 2021. Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP dikenakan di seluruh negeri Kelantan and bahagian Sibu ekoran peningkatan kes Covid-19 di kawasan itu.

Sibu, Sarawak.
Imej: Cerevisae.

"(KKM) melaporkan berlaku peningkatan kes secara mendadak membabitkan kluster dalam komuniti di seluruh Kelantan."

"Hampir 90 peratus daerah di negeri itu berada dalam zon merah dan kuning."

"Tujuh daerah diisytiharkan zon merah iaitu Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah manakala dua daerah zon kuning adalah Pasir Puteh dan Pasir Merah serta satu zon jingga iaitu Jeli."

Di Sibu pula, PKP turut melibatkan kawasan Selangau dan Kanowit.

Beliau juga berkata bahawa prosedur operasi standard (SOP) di dua kawasan itu adalah sama dengan enam negeri lain yang kini dikenakan perintah itu.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog