Wn/ms/Osman Kering meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Osman Kering meninggal dunia
Berita ini merupakan berita ringkas.
Sila lihat sumber yang dinyatakan untuk mendapatkan maklumat selanjutnya atau kembangkan rencana berita ini.

29 Jun 2012 (Jumaat)

KUALA LUMPUR 29 Jun − Pelakon dan pelawak veteran, Osman Kering meninggal dunia setelah tiga minggu terlantar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras petang tadi. Allahyarham meninggal dunia disebabkan oleh kegagalan fungsi otak selepas mengalami batuk berdarah pada 11 Jun yang lalu di rumahnya di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Sebelum ini berita palsu mengenai kematian arwah telah tersebar dan kali ini ia telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Seniman, Zed Zaidi melalui laman sosial Twitter. Zed Zaidi membuat kenyataan itu selepas menerima panggilan telefon daripada isteri Allahyarham, Che Norhayati Che Omar yang turut mengesahkan berita sedih itu.

Jenazah Allahyarham Osman Kering akan disolatkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib.

Sumber[edit | edit source]