Jump to content

Wn/ms/Nahas jet pejuang bertembung di Vosges, dua juruterbang maut manakala 1 terselamat

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Nahas jet pejuang bertembung di Vosges, dua juruterbang maut manakala 1 terselamat

16 Ogos 2024 (Jumaat)

PARIS - Dua juruterbang warga Perancis maut dalam nahas yang melibatkan dua jet pejuang bertembung sesama sendiri di bahagian timur laut negara, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Tentera Udara dan Angkasa Lepas Perancis.

Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu, dua jet pejuang itu berlanggar kira-kira pukul 12:30 tengah hari waktu tempatan semasa melakukan latihan gerak tempur dalam misi menghantar bekalan ke Jerman. Memetik laporan dari Le Monde, jet yang berlanggar itu adalah dari jenis Rafale B membawa dua juruterbang, manakala Rafale C membawa seorang juruterbang.

Dua juruterbang yang maut itu dikenal pasti sebagai Kapten Sebastien Mabire merupakan seorang pengajar penerbangan dan Leftenan Matthis Laurens, seorang pelatih.

Seorang lagi juruterbang dilaporkan berjaya keluar dari jet sebelum ia terhempas di Colombey-les-Belles. Pasukan mencari dan menyelamat menemukan juruterbang yang terselamat itu berada berdekatan dengan tapak nahas, namun mereka mengambil masa beberapa jam mencari di dalam kawasan berhutan sebelum menemui mayat dua juruterbang yang terkorban.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron kemudian menzahirkan ucapan takziah menerusi hantaran di laman sosial X. "Kami dengan dukacitanya maklum akan kematian Kapten Sébastien Mabire dan Leftenen Matthis Laurens yang terlibat dalam kemalangan udara semasa melakukan misi latihan Rafale," katanya. "Seluruh negara berkongsi kesedihan bersama keluarga mereka dan rakan seperjuangan di Pangkalan Udara 113 di Saint-Dizier."

Sementara itu, pihak berkuasa dan tentera masih lagi menyiasat punca nahas itu.

Menurut Tentera Udara dan Angkasa Lepas Perancis, Kapten Sébastien Mabire mula menjadi juruterbang jet pejuang pada 2013 dan merekodkan lebih 2,000 jam penerbangan dan terlibat dalam 47 misi tempur. Leftenen Matthis Laurens pula telah berpengalaman mengendalikan jet pejuang sejak 2021. Dia mula ditugaskan mengendali jet pejuang jenis Rafale pada November 2023 dan latihan yang dilakukannya sewaktu kejadian adalah sebahagian daripada penugasan yang diberi.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog