Jump to content

Wn/ms/Muji pula isytihar muflis

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Muji pula isytihar muflis

12 Julai 2020 (Ahad)


Delaware - Sebuah syarikat peruncit terkemuka Jepun di A.S, mengisytiharkan muflis pada Jumaat. Muji yang terkenal dengan barang rumah minimalisnya, mengfailkan muflis untuk Bab 11 di Delaware. Syarikat itu telah mempunyai hutang sebanyak 64 juta dollar A.S (273.05 juta ringgit) semasa mengfailkan pengisytiharan tersebut.

Pengendalinya, Ryohin Keikaku Co. berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka mengfailkan muflis kerana perintah kawalan akibat pandemik Covid-19. Syarikat itu juga terpaksa menanggung kerugian kerana sewa yang tinggi dan kos lain-lain.

Muji menyertai 110 syarikat yang lain yang juga telah isytihar muflis di A.S dan menyalahkan pandemik Covid-19 antara salah satu sebab kerugian mereka. Antara syarikat lain yang turut mengisytiharkan muflis ialah Hertz, Latam Airlines, J.C Penney, Neimen Marcus, Chuck E.Cheese, Pizza Hut, Wendy dan Centric Brands.

Sumber[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog