Jump to content

Wn/ms/Microsoft umum tidak lagi guna warna biru dalam paparan ralat BSOD

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Microsoft umum tidak lagi guna warna biru dalam paparan ralat BSOD

28 Jun 2025 (Sabtu)

Blue Screen of Death (atau singkatannya BSOD) merupakan ciri yang terdapat dalam sistem pengendalian Windows di mana ia memaparkan ralat jika sistem Windows gagal berfungsi. Ia merupakan ciri ikonik yang digunakan sejak 40 tahun yang lalu kerana Microsoft menggunakan latar belakang yang berwarna biru, yang menjadi punca kepada penamaan berkenaan.

Paparan BSOD di Lapangan Terbang Los Angeles ketika berlakunya gangguan CrowdStrike.
Imej: Smishra1.

Khamis lalu, Microsoft mengumumkan sejumlah kemaskini terhadap versi terbaharu Windows 11 keluaran 24H2 sebagai tindak balas kepada situasi kegagalan Windows yang berpunca daripada kemaskini perisian anti-malware Crowdstrike Falcon yang berlaku tahun lalu. Kemaskini itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Microsoft yang dikenali sebagai "Windows Resiliency Initiative" (WRI), di mana ia menekankan terhadap pengurusan insiden berkaitan keselamatan siber dan keutuhan sistem.

Antara kemaskini yang ditekankan adalah berkaitan dengan pengurusan masa jika berlakunya ralat yang menyebabkan sistem memaparkan BSOD. Paparan BSOD berwarna biru yang menjadi kelaziman kini ditukarkan kepada warna hitam, selain hanya mesej ringkas yang berkaitan dengan ralat sahaja dipaparkan. Menurut Microsoft, paparan BSOD yang lebih ringkas itu merupakan sebahagian daripada prinsip reka bentuk Windows 11, namun masih mengekalkan maklumat teknikal yang diperlukan untuk tujuan penyelenggaraan.

Kemaskini terhadap paparan BSOD itu akan mula tersedia bermula pada musim panas tahun ini untuk kesemua peranti yang menjalankan sistem pengendalian Windows 11 keluaran 24H2.


Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog