Jump to content

Wn/ms/Malawi isytihar bebas wabak taun, catat hampir 2,000 kematian sejak 2022

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Malawi isytihar bebas wabak taun, catat hampir 2,000 kematian sejak 2022

16 Julai 2024 (Selasa)

Malawi secara rasminya mengisytiharkan negara itu bebas wabak taun, yang mula dikesan pada 2022 dan mengorbankan hampir 2,000 orang. Pengumuman itu dibuat Kementerian Kesihatan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Kenyataan yang dikeluarkan Institut Kesihatan Awam Malawi berkata pengisytiharaan itu dibuat selepas tiada kes yang disahkan dan kematian direkodkan di 26 daerah kesihatan Malawi daripada 29 sejak empat minggu berturut-turut. Namun begitu, kementerian menjelaskan bahawa masih lagi terdapat beberapa kes kecil yang melibatkan daerah berisiko tinggi.

Selain itu, Kementerian juga meminta orang ramai untuk terus mematuhi langkah-langkah pencegahan termasuklah minum air yang bersih, menjaga kebersihan makanan, kerap mencuci tangan dengan sabun, sentiasa menggunakan tandas dan melaporkan sebarang kes yang disyaki taun ke fasiliti kesihatan terdekat.

Pada 2023, Presiden Malawi Lazarus Chakwera melancarkan kempen di peringkat kebangsaan dalam membendung wabak taun. Kempen bertajuk “Tithetse Kolera” atau “Mari Hentikan Taun” diadakan tiga bulan selepas beliau mengisytiharkan penyakit itu sebagai darurat kesihatan di Malawi.

Sejak Mac 2022 apabila darurat diisytiharkan, sebanyak 56,376 kes taun direkodkan dengan 1,772 kematian.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog