Wn/ms/Laos rancang lepaskan lebih 64 juta spesis anak ikan ke dalam sungai tahun 2024
11 Julai 2024 (Khamis)
VIENTIANE - Dalam usaha meningkatkan keselamatan makanan, kerajaan Laos merancang untuk melepaskan sekurang-kurangnya 64 juta anak ikan dan spesis akuatik lain ke dalam sungai di sekitar Laos pada 2024.

Imej: Thomas Schoch.
Rancangan itu adalah sebahagian daripada agenda meraikan Hari Akuatik dan Hidupan Liar Kebangsaan pada 13 Julai, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Agrikultur dan Perhutanan Laos pada Rabu. Pada hari berkenaan, kementerian bercadang untuk melepaskan lebih kurang 400,000 ekor anak ikan dari pelbagai spesis di sungai dalam daerah Xaysettha dalam kawasan ibu negara Vientiane.
Hari Akuatik dan Hidupan Liar Kebangsaan itu disambut secara tahunan di Laos bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan hidupan liar dari kalangan penduduk di Laos. Ia mula diperkenalkan oleh kerajaan Laos pada tahun 1997.
Setakat ini, terdapat lebih dari 1,100 zon pemuliharaan ikan di seluruh negara, termasuklah 890 zon yang diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan.
Untuk rekod, Laos telah melepaskan sekitar 62 juta spesis akuatik dan hidupan liar ke habitat asalnya melalui program yang sama tahun lepas. Sebanyak sepuluh pusat pembiakan hidupan liar telah didirikan bagi melakukan kajian dan membiakkan hidupan liar sebelum dilepaskan.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) " Laos to release over 60 million fingerlings in 2024 " — The Star, 10 Julai 2024
- (Inggeris) " LAOS TO RELEASE 64 MLN FINGERLINGS IN 2024 " — Bernama, 10 Julai 2024
- (Inggeris) " Laos to Release 62 Million Aquatic Animals and Wildlife on 26th Anniversary of Conservation Day " — The Laotian Times, 10 Julai 2023