Wn/ms/Kuching tertua di dunia mati

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kuching tertua di dunia mati

4 Julai 2020 (Sabtu)


London - Rubble yang merupakan kuching tertua di dunia mati di Exeter, England pada usia 31 tahun. Berita sedih itu dikongsikan oleh pemiliknya, Michele Heritage, 52 tahun.

Menurutnya, Rubble dihadiahkan kepadanya pada ulang tahun ke-20-nya. Rubble merupakan sahabat luar biasa yang pernah dimilikinya dan sesuatu yang menggembirakan kerana dapat bersama dengannya dalam tempoh yang lama.

Rubble dapat hidup lama kerana kucing peliharaannya itu sentiasa diberi perhatian dan dijaga dengan rapi.

Sebelum ini, rekod kucing tertua dipegang oleh Creme Puff yang hidup selama 38 tahun selepas dilahirkan pada 3 Ogos 1967 dan mati pada 6 Ogos 2005.

Sumber[edit | edit source]