Wn/ms/Kes Covid-19 di Malaysia kembali melonjak, 39 kes direkodkan hari ini

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kes Covid-19 di Malaysia kembali melonjak, 39 kes direkodkan hari ini

28 Julai 2020 (Selasa)


Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 39 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8943 kes. 28 kes merupakan kes tempatan sementara 11 kes yang lain ialah kes import. Daripada 28 kes tempatan tersebut, 22 kes ialah kes warganegara Malaysia manakala 6 kes lagi ialah kes bukan warganegara Malaysia.

6 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih di Malaysia adalah sebanyak 8,607 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 124 kes. Terdapat 212 kes yang masih aktif dan satu daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber[edit | edit source]