Wn/ms/Kerajaan Belanda runtuh
16 Januari 2021 (Sabtu)
Amsterdam — Kerajaan negara Belanda runtuh apabila Perdana Menterinya, Mark Rutte, letak jawatan dan sekaligus membubarkan kabinetnya serta-merta. Perletakan jawatan itu ekoran skandal kebajikan kanak-kanak yang membawa ancaman kepada ketidakstabilan politik, ketika negara itu berdepan wabak COVID-19.
Ribuan ibu bapa didakwa secara salah oleh pihak berkuasa Belanda kerana tidak sengaja menuntut elaun anak dan menyebabkan kebanyakkan dari mereka harus membayar balik sejumlah besar wang yang akhirnya memusnahkan kewangan mereka.
Sebahagian ibu bapa turut menjadi sasaran penyiasatan pegawai cukai kerana mempunyai dua kewarganegaraan yang juga mengundang kritikan berterusan mengenai isu perkauman di Belanda.
Mark Rutte yang merupakan seorang pemimpin paling lama berkhidmat di Eropah, berkuasa sejak 2010, berkata Kabinetnya akan berperanan sebagai kerajaan sementara bagi memantau pemulihan COVID-19 hingga pilihan raya pada pertengahan Mac.
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) "Kerajaan Belanda terbubar" — Berita Harian, 16 Januari 2021
- (Melayu) "Kerajaan Belanda letak jawatan, skandal kebajikan kanak-kanak" — RTM, 16 Januari 2021