Jump to content

Wn/ms/Kelahiran ke-99: Seluruh hidup saya berkhidmat untuk negara - Tun Dr Mahathir

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kelahiran ke-99: Seluruh hidup saya berkhidmat untuk negara - Tun Dr Mahathir

10 Julai 2024 (Rabu)

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-99 hari ini. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah.

Tun Dr Mahathir Mohamad (2019)
Imej: OIST.

"Saya sudah bertahan selama ini, namun tak tahu untuk berapa lama lagi. Seluruh hidup saya didedikasikan untuk berkhidmat kepada negara," kata Dr Mahathir kepada media Sinar Harian.

Beliau juga menzahirkan terima kasih dan penghargaan atas ucapan dari semua pihak serta sokongan yang diberikan kepadanya pada masa lalu.

Untuk rekod, Dr Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin yang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali dalam penggal berlainan. Menurut catatan di Wikipedia Bahasa Melayu, tarikh lahir beliau didaftarkan pada 20 Disember 1925 kerana memudahkan urusan pendaftaran persekolahan oleh bapanya.

Beliau pertama kali memegang jawatan dalam politik sebagai ahli parlimen Kota Setar setelah memenangi Pilihan Raya Umum Ketiga 1964 dengan majoriti 60.2 peratus.

Pada ketika ini, Dr Mahathir sedang berada di London dalam rangka perbincangan bersama komuniti pelajar, aktivis dan pemimpin setempat. Pada malam sebelum hari ulang tahun kelahirannya, beliau menerima jemputan dalam perbincangan melibatkan isu yang berlegar di dunia Islam ketika ini.

Seorang penonton sempat bertanya mengenai penjagaan kesihatan yang diamalkannya, di mana Dr Mahathir menjawab beliau hanya mengamalkan gaya hidup yang berdisplin.


Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog