Wn/ms/Kejam! Seorang lelaki melemaskan tiga ekor kucing dalam mesin basuh

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kejam! Seorang lelaki melemaskan tiga ekor kucing dalam mesin basuh

12 Julai 2020 (Ahad)


Kuala Lumpur - Masih ingatkah anda kepada kes dua orang lelaki yang membaling seekor kucing bunting 2 tahun lalu? Kini kejadian yang serupa berlaku sekali lagi apabila seorang lelaki dipercayai memasukkan tiga ekor kucing ke dalam tiga buah mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Desa Aman Puri, Kepong kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Kejadian ini disedari oleh seorang wanita sekitar jam 9:30 pagi ketika dia hendak menggunakan perkhidmatan tersebut. Wanita itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Taman Ehsan, Kepong. Kejadian ini juga dirakam di kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Sumber[edit | edit source]

  • (Melayu) "[ Kes bunuh kucing di dobi berulang]" — Berita Harian, 12 Julai 2020
  • (Melayu) "[ Lelaki bunuh kucing dalam mesin dobi dijel dua tahun]" — Berita Harian, 17 Januari 2019