Wn/ms/Kedai talian Apple dilancarkan di Malaysia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kedai talian Apple dilancarkan di Malaysia

27 Jun 2012 (Rabu)


MELBOURNE 27 Jun − Kedai talian milik Apple, iTunes kini telah melebarkan sayapnya di Malaysia dan 11 buah negara yang lain apabila mereka pihak Apple telah melancarkan iTunes di negara-negara tersebut. Ia merupakan suatu inisiatif untuk memasarkan muzik dan video kepada lebih ramai pengguna.

Menurut Apple, negara Taiwan, Hong Kong, Macau, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Vietnam, Brunei, Kemboja dan Laos juga akan memiliki kedai iTunes mereka sendiri. Bagaimanapun, negara China yang mewakili sebahagian besar perolehan kepada Apple tidak termasuk.

Setakat ini hanya negara Australia, New Zealand dan Jepun yang mempunyai kedai talian iTunes mereka sendiri.

Sumber[edit | edit source]