Jump to content

Wn/ms/Kebakaran di Sydney, 3 termasuk seorang bayi maut dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Kebakaran di Sydney, 3 termasuk seorang bayi maut dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh

7 Julai 2024 (Ahad)

SYDNEY - Tiga kanak-kanak termasuk seorang bayi berumur 10 bulan meninggal dunia dalam kebakaran yang melibatkan sebuah kediaman di bahagian barat Sydney awal pagi Ahad dan tidak menolak kemungkinan ia melibatkan kes pembunuhan.

Menurut laporan yang dikeluarkan Polis New South Wales (NSW), Perkhidmatan Kecemasan telah dipanggil ke Freeman Street, Lalor Park, berikutan aduan mengenai insiden kebakaran pukul 1 pagi waktu tempatan. Bomba berkata setelah mereka sampai di tempat kejadian, api sedang marak.

Dua kanak-kanak lelaki, masing-masing berumur dua dan empat tahun dikejarkan ke Hospital Westmead dalam keadaan kritikal, namun meninggal dunia tidak lama kemudian. Jasad kanak-kanak ketiga, iaitu seorang bayi perempuan berumur 10 bulan pula dijumpai pasukan bomba selepas mereka berjaya mengawal kebakaran.

Polis mengesahkan insiden kebakaran itu disiasat di bawah kes pembunuhan dan percaya bapa kepada kanak-kanak malang itu bertanggungjawab ke atas kematian yang disifatkan sebagai tragik. Selain itu, bapa kanak-kanak itu dituduh kerana menghalang polis dan Perkhidmatan Kecemasan dalam menyelamatkan mangsa yang berada di dalam rumah semasa kebakaran itu berlaku.

Pegawai Bomba dan Penyelamat NSW, Superintenden Adam Dewberry berkata pasukan bomba mengalami kesukaran menyelamat akibat gangguan yang dicetuskan bapa itu. "Seringkali bila kita pergi ke rumah yang terbakar, kita biasanya menjangkakan situasi yang buruk dan berharap ia tidak berlaku," kata Dewberry. "...tetapi kali ini ia agak mengganggu, betul-betul mencetuskan huru-hara."

Empat lagi kanak-kanak, masing-masing berumur dalam lingkungan enam hingga 11 tahun serta ibu mereka berumur 29 tahun selamat dalam insiden itu dan dirawat di hospital akibat terhidu asap.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog