Wn/ms/Kapal Maritim Banggi dibuka sehari untuk awam
Sandakan - Kapal Maritim Banggi dikunjungi oleh orang awam pada Sabtu lalu di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Sandakan dari pukul 7 pagi hingga 5 petang.
Hari terbuka tersebut sebahagian daripada program Jelajah Wira MADANI – Maritim Disantuni yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh barisan pegawai penguatkuasa maritim dan ucapan disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri Malaysia, Saifuddin Nasution Ismail dan Perdana Menteri.
Turut menghadiri program tersebut ialah Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Rosli Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Safar Untong, dan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee.
Hari ini merupakan hari kedua lawatan Perdana Menteri ke Sandakan sebelum merasmikan Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 di Melaka.
Banyak reruai daripada agensi kerajaan dibuka dalam program tersebut termasuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Penjara Malaysia.

Selepas majlis perasmian, pengunjung dapat menyaksikan perarakan kapal berhias dan perahu naga.
Kapal Maritim Banggi mula dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi dengan rombongan guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat 1 melawat kapal tersebut.
Program tersebut berakhir pada pukul 5 petang dan telah menarik lebih daripada seribu pengunjung.



