Wn/ms/Kanye West umum bertanding dalam pilihan raya Presiden

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kanye West umum bertanding dalam pilihan raya Presiden

5 Julai 2020 (Ahad)

Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Berita lain dari Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat
Lokasi Amerika Syarikat


Washington D.C - Seorang rapper terkenal, Kanye West, mengumumkan bahawa dia akan bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 untuk menjadi pencabar Donald Trump.

Dalam ucapannya di Twitter, dia berkata ""Kita mesti sedar merealisasikan janji kepada rakyat Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatukan visi dan membina masa depan. Saya akan bertanding sebagai calon Presiden Amerika Syarikat! #2020VISION".

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan butiran kempen yang hanya kira-kira tinggal empat bulan sebelum pilihan raya Presiden pada 3 November itu bermula.

West sebelum ini menyatakan sokongannya kepada Trump sekali gus mengejutkan pemerhati industri.

Sumber[edit | edit source]