Jump to content

Wn/ms/Kajian terbaru ritual Chichén Itzá, lebih ramai kanak-kanak lelaki menjadi korban

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kajian terbaru ritual Chichén Itzá, lebih ramai kanak-kanak lelaki menjadi korban

13 Jun 2024 (Khamis)

Penemuan terbaru dari saintis berkemungkinan besar bakal mengubah persepsi terhadap pengorbanan yang dilakukan ke atas kanak-kanak bagi memuaskan Tuhan yang disembah orang Maya zaman dahulu. Chichén Itzá di Mexico merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, pernah menjadi saksi kepada ritual kejam yang dilakukan.

Ukiran relief tengkorak di Tzompantli, sebahagian daripada Chichén Itzá.
Imej: Mariordo (Mario Roberto Durán Ortiz).

Menurut analisis terbaru yang dijalankan terhadap DNA zaman purba oleh pengkaji dari Institut Antropologi Evolusi Max Planck, mangsa pembunuhan bagi tujual ritual itu memiliki sifat yang serupa. Sisa peninggalan mayat seramai 64 individu yang dijumpai di ruang bawah tanah yang dikenali sebagai chultún adalah berjantina lelaki, di mana ramai diantaranya merupakan saudara terdekat di antara usia tiga hingga enam tahun. Dua kembar dikesan daripada jumlah mayat yang dijumpai itu.

"Secara keseluruhan, 25 peratus daripada kanak-kanak mempunyai saudara terdekat, menunjukkan bahawa kanak-kanak yang dikorbankan mungkin telah dipilih secara khusus berdasarkan kepada pertalian darah yang dimiliki dengan orang yang menjalankan ritual itu," kata Roderigo Barquera, ketua penyelidik kajian itu yang diterbitkan menerusi jurnal Nature.

Menurutnya lagi, analisis kimia yang dijalankan ke atas tulang-tulang juga menunjukkan ramai kanak-kanak itu mengamalkan diet pemakanan yang serupa dan mati pada umur yang serupa, membuktikan bahawa mereka telah dikorbankan dalam satu acara ritual yang sama sebagai satu pasangan.

Dapatan kajian itu juga jelas menunjukkan orang Maya pada ketika itu memilih kanak-kanak yang dikorbankan berdasarkan kepada jantina Tuhan mereka. Tuhan Hujan Chaac berjantina lelaki memungkinkan pengorbanan kanak-kanak lelaki dilakukan.

Penemuan itu membuktikan pencanggahan terhadap tanggapan umum yang menyatakan bahawa mangsa korban ritual di Chichén Itzá lebih cenderung kepada kanak-kanak berjantina perempuan.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog