Wn/ms/Kabinet Jepun dirombak

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Kabinet Jepun dirombak

2 Oktober 2012 (Selasa)


TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda merombak kabinetnya pada Isnin dalam usaha untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap kerajaannya, dalam spekulasi yang sedang berlaku mengenai pilihan raya baru akan diadakan pada tempoh beberapa bulan yang akan datang.

Noda telah melantik 10 menteri baru daripada 18 anggota kabinet. Antara anggota kabinet baru yang dipilih ialah Koriki Jojima yang merupakan anggota kanan bagi parti pemerintah Jepun, Parti Demokratik (DPJ) sebagai Menteri Kewangan baru, bekas Menteri Luar, Seiji Maehara, sebagai Menteri Dasar Kebangsaan dan Makiko Tanaka sebagai Menteri Pendidikan.

Menteri Luar, Koichiro Gemba pula adalah antara menteri kanan yang mengekalkan jawatan dalam rombakan berkenaan ketika Noda berusaha meredakan hubungan dengan negara China dan meningkatkan popularitinya.

Menurut Noda, barisan kabinet baru itu akan menangani isu dalam negeri dan antarabangsa yang dihadapi negara berkenaan. Tambah beliau lagi:

Rombakan ini akan membantu kerajaan dan parti pemerintah bekerjasama dalam menangani beberapa isu-isu domestik dan diplomatik serta secara tidak langsung mengukuhkan fungsi kabinet. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menangani isu yang masih tergendala seperti pemulihan daripada bencana (tsunami pada 2011), usaha kawalan terhadap krisis nuklear dan pemulihan ekonomi Jepun

Sokongan terhadap Perdana Menteri Jepun ini merosot sebanyak lebih kurang 30 peratus, ekoran rasa tidak puas hati rakyat terhadap susulan tindakan beliau yang mahu menggandakan cukai penjualan kepada 10 peratus. Tinjauan juga menunjukkan bahawa para pengundi kini lebih menyokong parti pembangkang iaitu Parti Liberal Demokratik.

Sumber[edit | edit source]