Wn/ms/KKMM lancar tema dan logo Hari Kebangsaan Malaysia 2020

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > KKMM lancar tema dan logo Hari Kebangsaan Malaysia 2020
Jump to navigation Jump to search

11 Julai 2020 (Sabtu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


KUCHING - Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini telah melancar logo dan tema bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, yang akan digunakan sepanjang sambutan kenegaraan tersebut.

‘Malaysia Prihatin’ telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun ini, manakala logonya berbentuk hati dan betemakan Jalur Gemilang iaitu bendera Malaysia.

Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), kementerian tersebut telah menerangkan maksud dan penjelasan logo dan tema tersebut.

“Logo berbentuk hati dipilih dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tema sambutan tahun ini adalah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan, manakala ‘Prihatin’ mewakili keprihatinan Kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia."

Kementerian tersebut turut mengumumkan empat aktiviti utama yang akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan 2020 iaitu Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara dari 9 Julai hingga 16 September, Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai di Putrajaya, Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Kuala Lumpur, dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Sibu, Sarawak.

Mengenai sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Saifuddin berkata tiada perarakan seperti kelaziman sambutan sebelum ini akan diadakan, namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menayangkan sebuah rancangan yang akan disiarkan pada pagi 31 Ogos agar seluruh rakyat Malaysia dapat menontonnya.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg