Wn/ms/Hari Jumaat diisytiharkan sebagai Hari Jawi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Hari Jumaat diisytiharkan sebagai Hari Jawi
Jump to navigation Jump to search

11 Julai 2020 (Sabtu)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mengumumkan setiap hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’ bermula 10 Julai 2020. Pelaksanaan Hari Jawi ini dibuat dalam usaha mengekal dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Contoh penggunaan tulisan Jawi dalam Pemasyhuran Malaysia 1963.

Zulkifli dalam satu kenyataan semalam berkata usul ini telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

“Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini,” katanya.

Menurutnya, bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kini akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi.

Penggunaan tulisan Jawi akan turut diperluas meliputi penyampaian maklumat menerusi platform media sosial rasmi agensi di bawahnya.

Tulisan Jawi telah diiktiraf dalam Perkara Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Akta itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg