Wn/ms/Google bakal tawarkan laporan kebocoran data secara percuma
10 Julai 2024 (Rabu)
Google bakal memperkenalkan perkhidmatan pemantauan web tertutup (dark web) secara percuma kepada semua penggunanya tidak lama lagi. Perkhidmatan itu mula diperkenalkan tahun lepas kepada pengguna berbayar Google One di negara-negara terpilih.
Perkhidmatan itu membolehkan Google menyediakan laporan mengenai potensi kebocoran maklumat peribadi seseorang dalam web tertutup, seperti nama penuh, tarikh lahir, nombor telefon, nombor kad bank, emel dan lain-lain.
Pengguna Google One mula menerima paparan mesej yang menyatakan bahawa perkhidmatan itu akan dibuang dari aplikasi Google One lewat Julai. Kemudian, ia akan diintegrasikan dengan ciri Results about you iaitu alatan yang membantu pengguna membuang maklumat peribadi dari hasil carian Google.
"Laporan web tertutup ialah ciri yang membantu anda memantau jika maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon dan emel dijumpai dalam senarai kebocoran data yang ditemui dalam web tertutup," kata Google. "Kedua-dua laporan dan ciri Results about you merupakan ciri yang membantu anda memahami dan melindungi keberadaan anda di atas talian."
Untuk mula menggunakan perkhidmatan itu, pengguna hanya perlu memenuhkan profail peribadi dengan memasukkan maklumat di Google One. Google akan menghantar notifikasi kepada pengguna jika terdapat maklumat yang dimasukkan itu ditemui di web tertutup. Beberapa maklumat seperti nama dan nombor pengenalan rasmi perlu melalui pengesahan tambahan untuk mengelakkan ia diisi oleh orang yang tidak sepatutnya.
Ciri itu hanya terhad di 46 buah negara sahaja, dengan Indonesia dan Vietnam tersenarai dari negara Asia Tenggara
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Jennifer Pattison Tuohy. " Google’s dark web monitoring service will soon be free for all users " — The Verge, 10 Julai 2024
- (Inggeris) Alif Azizan. " Google to provide dark web reports for everyone " — TechNave, 10 Julai 2024
- (Inggeris) Jay Bonggolto. " Google's dark web monitoring will soon be free for everyone " — Android Police, 10 Julai 2024
- (Inggeris) " How dark web report works " — Google,