Jump to content

Wn/ms/Godam sambil menembak, konsep permainan Pragmata ambil masa lama untuk dibangunkan

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Godam sambil menembak, konsep permainan Pragmata ambil masa lama untuk dibangunkan

28 September 2025 (Ahad)

Pragmata, judul permainan terbaru akhirnya secara rasmi dilancarkan untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S dan Steam pada 2026. Ia mula diumumkan Capcom pada 2020 semasa acara PS5 Future of Gaming dan pada ketika itu mereka merancang untuk mengeluarkan permainan ini pada 2022.

Pengarah permainan Pragmata, Cho Yonghee bercakap kepada media TheGamer alasan di sebalik kelewatan pembangunan permainan itu. Menurutnya, mereka berdepan dengan cabaran besar untuk membangunkan konsep permainan jenis menggodam menggunakan elemen teka-teki susunan.

"Ia merupakan alasan utama (kelewatan pengeluaran), " kata Yonghee. "Banyak ujian dilakukan berkali-kali hanya untuk menilai apa hasilnya dan apa yang terbaik."

Penerbit, Naoto Oyama kemudian menambah, "Membangunkan dua mekanism; teknik godaman Diana dan tembakan Hugo antara salah satu punca kenapa kami mengambil masa yang panjang dalam permainan ini".

Pragmata merupakan permainan video bergenre aksi/pengembaraan yang mengikuti watak Hugh, seorang ahli angkasawan yang terperangkap di sebuah stesen angkasa lepas akibat gempa bulan. Dia kemudian dijumpai oleh sebuah android berbentuk budak perempuan bernama Pragmata yang kemudian dikenali sebagai Diana. Mereka berdua perlu bekerja bersama dalam mengharungi musuh android yang berada di stesen itu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog