Wn/ms/Festival Mei Miri dilancarkan sebagai Ulang Tahun ke-20 bandar raya Miri
30 April 2025 (Rabu)
MIRI - Festival Mei Miri atau lebih dikenali sebagai Mayfest yang disambut sepanjang bulan Mei bermula esok menjadi amat bermakna pada tahun ini kerana penduduk Miri meraikan sambutan Ulang Tahun Ke-20 Bandar Raya Miri.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, sambutan tahun ini lebih istimewa kerana ia bukan sahaja meraikan kemeriahan tradisi tahunan, malah memperingati dua dekad perisytiharan Miri sebagai bandar raya.
Yii berkata demikian semasa berucap melancarkan Mayfest 2025 di sebuah hotel di sini, petang tadi.
Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Datuk Bandar Kaunselor Ariffin Mohamad, Residen Miri Galong Luang, Pemangku Setiausaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) Abdul Rahman Taupek serta pengerusi penganjur sambutan Ulang Tahun Ke-20 Bandar Raya Miri Kaunselor Leslie Lau Ik Chie.
Menurutnya sebanyak 31 acara dan aktiviti pelbagai telah dikemukakan oleh persatuan serta badan bukan kerajaan (NGO), meliputi pertunjukan kebudayaan, pameran, pertandingan sukan, program komuniti, serta konsert.
Sebagai acara kemuncak, Konsert Rakyat akan diadakan semasa karnival ulang tahun, yang bakal menampilkan artis terkenal termasuk Baby Shima dan Vanessa Reynauld.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) Jenifer Laeng. "Miri Mayfest 2025 launched as city marks 20th Anniversary with unity, celebrations" — The Borneo Post, 1 Mei 2025
- (Melayu) Clare Cinderella. "Mayfest 2025 serlah perjalanan 20 tahun bandar raya Miri" — Utusan Borneo, 30 April 2025
- (Melayu) Vanessa Enjop. "Miri raikan ulang tahun bandar raya dengan 31 acara Mayfest 2025" — TVS, 30 April 2025