Wn/ms/FIFA denda FAM, gantung pemain warisan atas dakwaan pemalsuan dokumen
27 September 2025 (Sabtu)
ZURICH - FIFA hari ini mengenakan tindakan ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan berstatus pemain warisan atas dakwaan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkait pemalsuan dokumen.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi FIFA, FAM mengemukan dokumen yang dipalsukan selepas memohon kelayakan kesahihan pemain kepada FIFA. Dokumen itu dikemukakan bagi membolehkan pemain terbabit dapat diturunkan dalam perlawanan rasmi melibatkan pasukan kebangsaan Malaysia.
Imej: Juerg.hug.
"Kesemua pemain itu beraksi bersama pasukan kebangsaan Malaysia ketika menentang pasukan Vietnam dalam pusingan ketiga perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2027 Arab Saudi pada 10 Jun 2025," menurut kenyataan itu. "Selepas perlawanan itu, FIFA menerima aduan rasmi mengenai status kelayakan pemain-pemain tersebut."
Kesemua tujuh pemain itu ialah Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
FIFA mengenakan denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.9 juta) kepada FAM manakala denda sebanyak CHF 2,000 (RM10,000) kepada setiap pemain terlibat, selain dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak bermula hari ini.
FIFA turut menjelaskan, FAM dan semua pemain berkenaan sudah dimaklumkan mengenai hasil keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA itu dan mereka diberi masa 10 hari bagi mengemukan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.
Untuk rekod, perlawanan itu dimenangi pasukan Malaysia dengan jaringan 4-0. Namun terdapat laporan yang mendakwa keputusan perlawanan itu mungkin dibatalkan susulan khabar angin mengenai status kelayakan beberapa pemain berstatus warisan yang tidak sah.
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) "FIFA sanctions Football Association of Malaysia and seven players" — FIFA, 26 September 2025
- (Melayu) Mohammad Arif Nizam. "FIFA denda FAM, gantung 7 pemain warisan kemuka dokumen palsu" — MalaysiaGazette, 22 September 2025
- (Inggeris) "FIFA hit FAM with heavy sanction for doctored documents of seven imports" — The Star, 26 September 2025

