Wn/ms/Empat terbunuh, beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan di masjid dekat Muscat
16 Julai 2024 (Selasa)
MUSCAT - Empat mangsa terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah masjid dekat ibu negara Oman, Muscat, menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa pada Selasa.
"Polis Diraja Oman telah bertindak ke atas kejadian tembakan yang berlaku di perkarangan masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir," kata polis menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial X. "Kejadian itu menyebabkan empat mangsa terbunuh manakala beberapa mangsa lain tercedera, merujuk kepada laporan awal."
Setakat ini, polis belum mengeluarkan maklumat mengenai suspek yang terlibat atau motif kejadian tersebut, sambil menjelaskan mereka telah mengambil segala bentuk prosedur dan langkah keselamatan yang perlu bagi menangani situasi berkenaan.
"Pihak berkuasa kini sedang meneruskan penyiasatan dengan mengambil bahan bukti yang boleh membawa kepada maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Polis Diraja Oman ingin merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh," tambahnya.
Untuk rekod, kejadian seperti itu jarang sekali berlaku di negara terbabit. Media AP berkata pejabat kedutaan Amerika Syarikat di Oman telah mengeluarkan amaran kepada rakyat A.S yang berada di sana untuk "tidak berada di tempat kejadian".
Sumber
[edit | edit source]- (Inggeris) " A shooting in a mosque in Oman kills 4 and wounds others, police say " — AP, 16 Julai 2024
- (Inggeris) " Four killed, several wounded by gunfire near mosque in Oman’s Wadi al-Kabir: Police " — Alarabiya News, 16 Julai 2024
- (Inggeris) " A shooting in a mosque in Oman kills 4 and wounds others, police say " — The New Arab, 16 Julai 2024
- (Inggeris) " ROP responds to shooting near Mosque in Wadi Al Kabir " — Times of Oman, 16 Julai 2024