Jump to content

Wn/ms/Disangkakan makanan, anjing kunyah 'power bank' yang diletak merata cetuskan kebakaran

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Disangkakan makanan, anjing kunyah 'power bank' yang diletak merata cetuskan kebakaran

9 Ogos 2024 (Jumaat)

OKLAHOMA - Malang tidak berbau. Itulah peribahasa yang paling sesuai digunakan bagi menggambarkan detik cemas apabila seekor anjing belaan menggigit bank kuasa (powerbank) yang ditinggalkan di dalam rumah dan menyebabkan letupan kecil sebelum ia terbakar.

Tidak sesekali membiarkan bank kuasa dibiarkan jika tidak digunakan. - Bomba
Imej: Smial.

Rakaman pada waktu kejadian yang berlaku pada Mei dikeluarkan Jabatan Bomba Tulsa menunjukkan seekor anjing membawa bank kuasa itu ke ruang tamu sebelum cuba mengunyahnya. Malangnya, ia mencetuskan percikan api seterusnya menyebabkan kebakaran, menyebabkan kedua-dua anjing yang berada di situ cemas dan lari menyelamatkan diri.

Bomba mengesahkan kediaman itu mengalami kerosakan teruk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas kedua-dua anjing berkenaan berjaya keluar dengan selamat melalui pintu anjing. Sebanyak dua jentera bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal situasi.

"Kesudahannya boleh menjadi lebih teruk jika tiada cara untuk melarikan diri atau jika semua orang di dalam rumah sedang tidur pada waktu kejadian," kata jurucakap bomba. "Sangat penting untuk kita mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan pengeluar sebelum menggunakan bank kuasa lithium-ion."

Bomba juga memberi peringatan agar sentiasa menggunakan pengecas yang diluluskan serta menyimpannya di tempat yang jauh dari capaian kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Manakala bank kuasa yang tidak digunakan lagi tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah domestik kerana ia boleh mencetuskan percikan api yang membawa kepada kebakaran semasa sampah itu dihantar atau di fasiliti pelupusan sampah.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog