Jump to content

Wn/ms/Dewan Rakyat mula bersidang hari ini, Belanjawan akan dibentang Jumaat depan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Dewan Rakyat mula bersidang hari ini, Belanjawan akan dibentang Jumaat depan

2 November 2020 (Isnin)


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga bagi Parlimen ke-14 telah bermula hari ini, dijangka akan menjawab banyak persoalan mengenai Covid-19 dan usaha kerajaan dalam menanganinya, termasuk dalam hal berkenaan pilihan raya.

Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, hampir majoriti soalan dalam turutan awal pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan adalah berkenaan Covid-19.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual untuk menjawab soalan Ahli Parlimen Padang Terap, Dato' Seri Mahdzir Khalid mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, atau mewujudkan rang undang-undang khusus bagi membolehkan pilihan raya ditangguhkan dalam tempoh pandemik.

Selain itu, Muhyiddin turut dijadual menjawab soalan Ahli Parlimen Sabah Bernak, Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang ingin tahu sejauh mana impak ekonomi Covid-19 terhadap individu, isi rumah dan syarikat perniagaan, selain dasar dan langkah kerajaan dalam memacu ekonomi ke arah berdaya tahan.

Sidang Dewan Rakyat hari ini juga akan menyaksikan bacaan kali pertama bagi RUU Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 dan RUU Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020 akan dibentang.

Sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dijadual membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat ini.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog