Wn/ms/Dewan Rakyat mula bersidang buat kali kedua sejak Covid-19

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Dewan Rakyat mula bersidang buat kali kedua sejak Covid-19

13 Julai 2020 (Isnin)


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga bagi Parlimen ke-14 telah bermula hari ini, dan Dewan Rakyat telah buat pertama kali bersidang secara penuh pada pukul 10.00 pagi tadi, sejak penularan wabak Covid-19 pada awal tahun ini.

Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Penggal Ketiga bagi Parlimen ke-14 telah dibuka oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada 18 Mei 2020, tetapi disebabkan penularan wabak Covid-19, hanya urusan Titah Diraja diadakan sebelum persidangan ditunda kepada Mesyuarat Kedua.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dijangkakan membentangkan usul untuk meminta Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof untuk mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan tersebut, iaitu Datuk Azhar bin Azizan @ Harun, yang akan dicadangkan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu selepas itu.

Sumber[edit | edit source]