Wn/ms/Dewan Rakyat membenarkan pembangkang bawa usul khas

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Dewan Rakyat membenarkan pembangkang bawa usul khas

16 Julai 2020 (Khamis)


KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini telah membenarkan pembangkang untuk mengemukakan satu usul khas bagi membincangkan pelan damai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk konflik Israel-Palestin.

Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar bin Azizan @ Harun yang mengumumkan keputusan tersebut berkata bahawa kebenaran itu adalah disebabkan ia merupakan “perkara tertentu”, “berkepentingan orang ramai, dan “perlu”.

“Usul ini akan dibahaskan pada hari ini, 2.30 petang di Kamar Khas. Saya akan benarkan pihak pencadang untuk membahaskan selama 30 minit dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab selama 30 minit,” katanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Usul tersebut telah dibuat oleh Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh (PH). Menurutnya, kerajaan perlu mengambil serius akan hal ini untuk mempertahankan warga di Palestin.

“Ahli Parlimen khususnya, dan Malaysia amnya wajib terus bersuara bersama Ahli Parlimen sedunia serta masyarakat antarabangsa untuk mengecam Israel dan Amerika Syarikat,” kata beliau pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber[edit | edit source]