Wn/ms/Dewan Rakyat lulus usul jawatan Yang di-Pertua Dewan dikosongkan

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Dewan Rakyat lulus usul jawatan Yang di-Pertua Dewan dikosongkan

13 Julai 2020 (Isnin)


KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Dewan Rakyat pada persidangannya pada hari ini telah bersetuju agar Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Md Yusof, mengosongkan jawatannya sebagai Yang di-Pertua Dewan.

Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Setelah perbahasan hangat yang berlangsung selama beberapa jam, Ahli-ahli Parlimen telah mengundi untuk memutuskan perkara tersebut dan seramai 111 orang Ahli Dewan Rakyat menyokong usul tersebut diluluskan, manakala 109 orang Ahli menolak.

Usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibahaskan oleh dua orang Ahli Parlimen pembangkang dan dua orang Ahli Parlimen kerajaan, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada PH dan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan seorang ahli parlimen Bebas, dan Nik Muhammad Zawawi Saleh daripada PAS dan Dato’ Sri Shahidan Kassim daripada BN.

Usul tersebut kemudiannya digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang), Dato’ Takiyuddin Hassan.

Dewan Rakyat dijangka akan membahas usul untuk melantik Yang Berbahagia Datuk Azhar bin Azizan @ Harun sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu pada jam 2.30 petang nanti.

Sumber[edit | edit source]