Wn/ms/Dagangan di Bursa Malaysia tergendala akibat masalah teknikal, ditutup lemah petang tadi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Dagangan di Bursa Malaysia tergendala akibat masalah teknikal, ditutup lemah petang tadi
Jump to navigation Jump to search

16 Julai 2020 (Khamis)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Kuala Lumpur - Dagangan di Bursa Malaysia terpaksa dihentikan akibat masalah teknikal. Pasaran itu terhenti pada jam 3:30 petang tadi dan menurut laman sesawang Bursa Malaysia, pasaran akan kembali dibuka pada jam 9 pagi keesokan harinya. Pihak Bursa Malaysia sedang menyiasat perkara ini dan mereka juga memberitahu akan menggunakan harga dagangan terahkir sebagai rujukan.

Sementara itu Bursa Malaysia ditutup lemah pada sesi penutupan. Pada jam 3:30 petang, penanda aras, FBMKLCI, merudum 12.25 mata atau 0.77% kepada 1,573.31 mata. Penurunan ini didorong saham Top Glove susulan tindakan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengenakan arahan sekatan terhadap anak syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia itu.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 782 kaunter yang rugi berbalas 249 kaunter yang untung sementara 379 kaunter lain tidak berubah manakala 555 kaunter tidak diniagakan dan 28 kaunter yang lain digantung.

Sumber[edit | edit source]



Bookmark-new.svg