Wn/ms/China pula tutup konsulat A.S di Chengdu

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > China pula tutup konsulat A.S di Chengdu

24 Julai 2020 (Jumaat)


Beijing - Hari ini, China telah menarik balik lesen dan mengarahkan penutupan konsulat Amerika Syarikat (AS) di Chengdu, sebagai membalas tindakan sama yang diambil oleh A.S terhadap misi diplomatik Beijing di Houston.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan menegaskan, langkah itu adalah sah di sisi undang-undang dan respon perlu terhadap pendekatan AS yang tidak wajar.

Amerika Syarikat mempunyai sebuah kedutaan di Beijing, selain lima konsulat di Tanah Besar China dan satu lagi di Hong Kong.

Berita berkaitan[edit | edit source]

Sumber[edit | edit source]

(Melayu) "China arah penutupan konsulat AS di Chengdu" — Berita Harian, 24 Julai 2020

(Melayu) "China arah konsulat AS di Chengdu ditutup" — Harian Metro, 24 Julai 2020