Jump to content

Wn/ms/China membalas balik tindakan A.S yang menutup konsulat mereka

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > China membalas balik tindakan A.S yang menutup konsulat mereka

23 Julai 2020 (Khamis)


Beijing - Kerajaan China sedang sedang mempertimbangkan penutupan konsulat Amerika Syarikat (AS) di barat daya bandar Chengdu susulan tindakan A.S yang menutup konsulat China di Houston, Texas pada Rabu. China juga sedang mempertimbangkan penutupan konsulat AS di bandar Wuhan.

Selain misi di Wuhan dan Chengdu, A.S mempunyai konsulat di Guangzhou, Shanghai dan Shenyang, serta konsulat untuk Hong Kong dan Makau. Misi di Chengdu mempunyai kepentingan strategik dan penutupannya akan meruncingkan lagi hubungan yang sudah tegang antara Washington dan Beijing.

Sementara itu, Presiden Donald Trump pada sidang media di Rumah Putih berkata beliau tidak menafikan akan menutup beberapa lagi misi diplomatik China di AS.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog