Wn/ms/Bursa Malaysia ditutup kukuh, majoriti saham-saham getah melonjak ke paras tertinggi

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Bursa Malaysia ditutup kukuh, majoriti saham-saham getah melonjak ke paras tertinggi
Jump to navigation Jump to search

6 Julai 2020 (Isnin)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


Kuala Lumpur - Bursa Malaysia ditutup kukuh petang tadi seiring dengan pasaran saham serantau. Indeks utama, FBMKLCI, melonjak 24.25 mata atau 1.56% kepada 1,576.90 mata.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 744 kaunter yang untung manakala 333 kaunter yang rugi. 407 kaunter pula tidak berubah sementara 440 kaunter tidak didagangkan. 23 kaunter yang lain digantung.

Jumlah dagangan hari ini ialah 8.73 bilion saham bernilai RM5.07 bilion.

Pada masa yang sama, majoriti saham getah melonjak ke paras tertinggi selepas sektor itu mengalami pretasi memberangsangkan hari ini. Ia disebabkan permintaan sarung tangan getah yang terus meningkat apabila tiada tanda yang menunjukkan bahawa pandemik Covid-19 akan reda.

Top Glove menokok 1.50 ringgit atau 8.13% kepada 19.96 ringgit sementara Hartalega melompat 50 sen atau 3.13% kepada 16.50 ringgit manakala Supermax menambah 95 sen atau 10.10% kepada 10.36 ringgit dan Kossan melonjak 1.05 ringgit atau 11.25% kepada 10.38 ringgit.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg