Jump to content

Wn/ms/Bursa Malaysia ditutup kukuh

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bursa Malaysia ditutup kukuh

19 Jun 2020 (Jumaat)


Kuala Lumpur - Bursa Malaysia yang dibuka lemah awal pagi tadi, ditutup kukuh pada ahkir sesi dagangan. Kenaikan ini didorong pembelian semasa harga rendah yang sederhana dan prestasi ini juga seiring dengan kebanyakan pasaran saham serantau. Indeks utama Bursa Malaysia, FBMKLCI, naik 2.35 mata atau 0.16% untuk ditutup pada paras 1,507.26 mata sementara indeks FBM ACE melonjak 147.46 mata atau 2.5% kepada 6,052.86.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 610 kaunter yang untung manakala 400 kaunter yang rugi. 373 kaunter tidak berubah, 568 kaunter tidak diniagakan dan 37 yang lain digantung. Jumlah dagangan meningkat kepada 6.33 bilion saham bernilai RM4.92 bilion daripada 5.12 bilion saham bernilai RM3.87 bilion semalam

Di pasaran serantau pula, Straits Times turun 0.52% kepada 2,651,70 manakala Hang Seng naik 0.73% kepada 26,643,89 dan Nikkei 225 menambah 0.55% kepada 22,478,79.

Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog