Jump to content

Wn/ms/Brunei perkenal wang kertas baharu, ganti 'Ringgit' dengan 'Dolar Brunei'

From Wikimedia Incubator
< Wn | ms
Wn > ms > Brunei perkenal wang kertas baharu, ganti 'Ringgit' dengan 'Dolar Brunei'

26 September 2025 (Jumaat)

BANDAR SERI BEGAWAN - Istilah "Dolar Brunei" digunakan dalam siri baharu wang kertas Brunei yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) pada Isnin.

Menurut kenyataan lagi, penggunaan istilah itu adalah selaras dengan nama matawang rasmi yang digunapakai Brunei dan ia menggantikan terma "Ringgit" yang digunakan pada siri wang kertas sedia ada. "Perubahan ini bertujuan untuk mengukuhkan kesedaran awam dan menggalakkan penggunaan terma yang lebih meluas," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan BDCB.

"Siri baharu ini juga mengekalkan dengan bangganya potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah untuk wang kertas denominasi BND1, BND5, BND10, dan BND100 serta potret Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien untuk wang kertas denominasi BND500."

BDCB juga menambah, antara kelainan yang terdapat pada siri baharu ini meliputi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan hasil daripada teknologi moden sebagai perlindungan terhadap kes pemalsuan wang kertas dan penggunaan teknologi yang membantu warga OKU penglihatan mengenalpasti nilai pada wang kertas tersebut.

Siri wang kertas edaran sedia ada masih lagi kekal sebagai tender sah dan ia akan terus digunakan disamping siri baharu yang dijangka mula dikeluarkan pada suku pertama 2026.


Sumber

[edit | edit source]
Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog