Wn/ms/Britian tawarkan kewarganegaraan kepada rakyat Hong Kong

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Britian tawarkan kewarganegaraan kepada rakyat Hong Kong

3 Julai 2020 (Jumaat)


London - Kerajaan United Kingdom (UK) menawarkan kewarganegaraan kepada penduduk Hong Kong sebagai reaksi tindakan China yang menguatkuasakan akta keselamatan baharunya.

Menurut Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, pengumuman itu ialah maklum balas langsung berhubung undang-undang penuh kontroversi itu. Akta berkenaan jelas melanggar Deklarasi Bersama Sino-British ketika penyerahan Hong Kong kepada China pada tahun 1997.

Kerajaan Britain sudah memberi amaran kepada Beijing bahawa mereka akan memperkenalkan kaedah bagi pemegang penduduk Hong Kong yang menjadi pemegang pasport British National Overseas (BNO) untuk berpindah ke UK.

Hong Kong dijajah oleh UK sehingga diserahkan semula kepada China pada tahun 1997 dengan jaminan bahawa Beijing akan melindungi autonomi wilayah khas itu sehingga tempoh 50 tahun.

Sumber[edit | edit source]