Wn/ms/Bersih 2.0: Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain
15 Julai 2011 (Jumaat)
SHAH ALAM, 15 Julai — Seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tiga yang lain memohon deklarasi bahawa tangkapan ke atasnya pada 24 Jun lalu didakwa "tidak sah".
Musafri Abdullah Azmi, 27, berkata penahanan yang dibuat kira-kira pukul 11.20 malam di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan, Padang Jawa di Klang adalah tidak sah selain tidak dimaklumkan alasan dia ditahan.
Dalam writ saman yang difailkan melalui Tetuan Abang & Associates hari ini, Musafri menuntut mahkamah membuat satu deklarasi berhubung tangkapannya itu.
Dia memohon agar mahkamah membuat satu deklarasi bahawa tangkapan yang dibuat pada 24 Jun lalu tidak sah dan mahu deklarasi bahawa rampasan berupa lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis “Bersih 2.0 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil” adalah tidak sah dan mahu ia dikembalikan semula.
Sumber
[edit | edit source]- (Melayu) "Bersih 2.0: Ahli PAS fail saman ke atas Hishammuddin, tiga lain" — The Malaysian Insider.com, 15 Julai 2012
- (Melayu) Salhan K Ahmad. "BERSIH 2.0: Saman pertama ke atas polis" — MalaysiaKini, 15 Julai 2011