Wn/ms/Belanjawan 2021 dilulus Dewan Rakyat dalam undian pertama

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | msWn > ms > Belanjawan 2021 dilulus Dewan Rakyat dalam undian pertama
Jump to navigation Jump to search

26 November 2020 (Khamis)

Bendera Malaysia
Berita lain dari Malaysia
Lokasi Malaysia
Lokasi Malaysia


KUALA LUMPUR - Belanjawan 2021 telah dilulus dalam undian pertama ketika persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi melalui undian suara.

Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar cuba untuk mendapatkan undian semula melalui undian blok, tetapi tidak mendapat sokongan 15 Ahli Parlimen yang diperlukan.

Hanya 13 Ahli Parlimen berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz.

Selepas ini belanjawan tersebut akan dibawa ke peringkat jawatankuasa pula untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sokongan yang diberikan hari ini dibuat selepas Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan pelbagai peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dituntut pelbagai pihak.

Sumber[edit | edit source]


Bookmark-new.svg