Jump to content

Wn/ms/Bekas saintis solo Projek Voyager NASA, Ed Stone meninggal dunia

From Wikimedia Incubator
< Wn‎ | ms
Wn > ms > Bekas saintis solo Projek Voyager NASA, Ed Stone meninggal dunia

12 Jun 2024 (Rabu)

Satu-satunya saintis yang menyumbang kepakaran melalui Projek Voyager NASA dari tahun 1972 hingga 2022, Ed Stone meninggal dunia pada Ahad. Beliau berusia 88 tahun.

Ed Stone (1992)
Imej: NASA.

Dari kalangan peminat astronomi, Stone lebih dikenali melalui sumbangan besarnya kepada Projek Voyager, di mana dua kapal angkasa Voyager 1 dan Voyager 2 dilancarkan dengan misi meneroka bahagian angkasa lepas yang paling jauh dan tidak mampu dicapai manusia. Kini, Voyager 1 merupakan objek buatan manusia yang paling jauh sekali dengan jarak 24 bilion kilometer dari Bumi, manakala Voyager 2 pula melalui arah berbeza dengan jarak 20 bilion kilometer dan kedua-dua kapal itu masih lagi berfungsi.

Stone dilahirkan pada 23 Januari 1936 di Iowa. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik di kolej junior kemudian menyambung pelajarannya di Universiti Chicago. Di situ, beliau membantu membina instrumen sains untuk kapal angkasa di usia mudanya. "Rekaan pertamanya menaiki kapal Discoverer 36, iaitu sebuah satelit pengintip yang telah didedahkan dilancarkan pada 1961 dan kemudian mengambil gambar Bumi dari angkasa lepas sebagai sebahagian daripada program Corona," menurut notis obituari NASA.

Antara anugerah yang dimenangi termasuklah Shaw Prize in Astronomy yang mengiktiraf kepimpinannya dalam Project Voyager serta National Medal of Science yang diterima dari Presiden Amerika Syarikat ketika itu George H.W. Bush. Selepas 50 tahun mengemudi Projek Voyager, beliau bersara pada tahun 2022.

Beliau meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan dan dua orang cucu.


Sumber

[edit | edit source]


Kongsikan berita ini E-mel berita ini Kongsikan di Facebook Kongsikan di X Kongsikan di reddit Kongsikan di LinkedIn.com Kongsikan di WhatsApp Kongsikan di Telegram LINE Kongsikan di Pinterest Kongsikan di Mastodon Kongsikan di blog